Suntik kesedaran pelihara alam sekitar - PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL tani, pertanian, sp
PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL
 
KUALA LUMPUR: Sempena cuti persekolahan ini, Petrosains bersama Tabung Alam Sedunia Malaysia (WWF Malaysia) menganjurkan Kempen Meraikan Biodiversiti di Petrosains Suria KLCC.

Kempen bertujuan mencipta kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya memelihara alam sekitar Kempen Meraikan Biodiversiti ini juga dijangka berakhir pada 31 Mac ini. Program ini turut diserikan penyanyi terkenal, Zainalabidin yang berjaya menarik perhatian pengunjung dengan gelagat dan celotehnya terutamanya pengunjung kanak-kanak.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Hijau itu juga melakukan pelbagai aktiviti yang menarik minat kanak-kanak yang hadir dengan meminta mereka menjawab kuiz yang bertema alam sekitar. Pengunjung, Maziah Dina Mohd Kasim, 38, dari Melaka berkata program sedemikian sememangnya baik bukan saja kepada kanak-kanak, tetapi juga dewasa. “Pelbagai perkara tidak diketahui sebelum ini dapat kita ketahui kerana kebanyakan orang dewasa mengabaikan pengetahuan seperti ini disebabkan kesibukan bekerja,” katanya. Guru, Hazaliza Mohd Puad, 39, berkata program seperti itu amat bagus dalam membina pengetahuan kanak-kanak mengenai memelihara alam sekitar.


“Memang patut kempen seperti ini dilakukan kerana sekarang ini terlalu banyak pencemaran dan ia mampu mencetuskan kesedaran kepada kita terutamanya kepada generasi muda,” katanya.


Sumber



Leave a Reply.


    Picture

    Penulis

    En. Mohd Mazlan Bin Ismail



    Archives

    August 2010
    July 2010
    May 2010
    March 2010
    February 2010
    January 2010



    SHARE YOUR BLOG LINK HERE

    Pautan



sp, pertanian, smkbbsl