SAMBUTAN HARI GURU - PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL tani, pertanian, sp
PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL
 
SAJAK GURU OH GURU 

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


USMAN AWANG
1979
      Satu majlis sambutan hari guru telah diadakan. Majlis ini dikendalikan oleh badan pengawas sekolah dengan kerjasama kelab guru serta beberapa pimpinan guru yang lain. Beberapa aktivi menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya adalah:
  1. Perarakan Para Guru oleh pengawas
  2. Persembahan dari pelajar
  3. Persembahan Guru ( En. Faridzul berdikir barat )
  4. Sukaneka
  5. Jamuan Keraian kepada semua GURU SMKBBSL

Di paparkan juga beberapa gambar kenangan untuk tatapan semua.
Tidak dilupakan juga, satu video perjalanan majlis  turut disediakan untuk guru-guru. Maaf sekiranya kualiti video tidak begitu memuaskan kerana rakaman ini hanya menggunakan kamera sahaja.



Leave a Reply.


    Picture

    Penulis

    En. Mohd Mazlan Bin Ismail



    Archives

    August 2010
    July 2010
    May 2010
    March 2010
    February 2010
    January 2010



    SHARE YOUR BLOG LINK HERE

    Pautan



sp, pertanian, smkbbsl