PROJEK BIOPURI \\\\\\\\\\\\\\\" Simple Technologi 4 Nature \\\\\\\\\\\\\\\" - PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL tani, pertanian, sp
PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL
 

PROJEK BIOPURI " Simple Technologi  4 Nature "

Penaung : Pn Hajjah Salimah Bt Jafri
Ketua Projek : En. Bahador B. Kamis
Penolong Projek : En Mohd Mazlan Ismail
Ahli : Skuad Biopuri 4 GIGIH
Picture

Sistem BIOPORI mungkin tidak begitu popular di telinga kita.  Tetapi di sebalik sistem ini mengandungi beberapa perkara yang bermanfaat untuk kita dan alam sekeliling kita.
      SISTEM BIOPORI secara ringkasnya adalah satu aplikasi mudah untuk mencegah takungan air berlebihan di tanah. Langkahnya adalah mudah di mana ia memerlukan kita membuat satu lubang di kawasan yang sering didapati bertakung sedalam yang boleh kemudian di masukkan pula satu batang paip pvp yang telah dilubangkan sekelilingnya. tujuannya adalah untuk membenarkan air dari sekeliling masuk ke dalam batang paip tersebut apabila air sekeling banyak.
      Kemudian, didalam batang paip tersebut dimasukkan sisa tumbuhan atau apa-apa bahan organik yang berfungsi sebagai span untuk memudahkan penyerapan air dari sekeliling. Di samping itu dalamjangka masa yang lama sisa tersebut akan bertukar menjadi makanan kepada mikrob tanah ( aktiviti seperti membuat kompos). Secara tidak langsung tanah di sekeliling kawasan tersebut akan bertambah subur di kemuadian hari.
      Supaya kawasan itu tidak nampak seperti berlubang, seeloknya disediakan penutup kepada batang paip pvc tersebut.
Untuk menguji KESAHIHAN teori tersebut, maka SMKBBSL telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan peralatan seperti paip pvc yang bersesuaian untuk diaplikasikan di kebun sayur yang sering bertakung airnya.

Kesan akibat air yang bertakung akan menyebabkan akar tanaman mudah reput dan mengakibatkan tumbuhan mudah diserang reput akar.



Leave a Reply.


    Picture

    Penulis

    En. Mohd Mazlan Bin Ismail



    Archives

    August 2010
    July 2010
    May 2010
    March 2010
    February 2010
    January 2010



    SHARE YOUR BLOG LINK HERE

    Pautan



sp, pertanian, smkbbsl