PENYAKIT MATI ROSOT BETIK - PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL tani, pertanian, sp
PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL
 
Picture
(PAPAYA DIEBACK DISEASE)
 Berikut merupakan tanda-tanda / simptom penyakit Papaya Dieback dari peringkat awal hingga peringkat serius. 
  1. Daun lecuh basah (water-soaked) pada tepi dan hujung daun.  Urat daun dan sepanjang urat daun menjadi nekrotik kehitaman.
  2. Pucuk lecuh basah (water-soaked) dan nekrotik kehitaman pada bahagian antara pucuk dan pelepah.  Pucuk kemudian reput dan terkulai.
  3. Tompok-tompok hitam pada kulit dan lecuh basah (water-soaked) pada isi buah.
  4. Pelepah daun lecuh basah (water-soaked) dan nekrotik kehitaman pada bahagian hujung pelepah.  Daun akhirnya terkulai.
  5. Batang lecuh basah (water-soaked)

Antara langkah-langkah kawalan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

 


I.  SENTIASA LAKSANAKAN AMALAN PERTANIAN BAIK (GOOD AGRICULTURE PRACTICE)

  1. Kawasan Penanaman:

    Elakkan  menanam tanaman betik di kawasan yang telah mengalami serangan penyakit Papaya Diebak untuk selama satu tahun.
     
  2. Memusnahkan Sumber Penyakit Supaya Tidak Menjangkiti Tanaman Betik Yang Sihat:

    Pokok betik yang diserang dan pokok-pokok di dalam lingkungan 5-10 meter diameter dipotong, disembur racun rumpai dan dimusnahkan dengan cara ditanam atau dibakar.  Pagarkan kawasan ini dengan tali dan galikan parit lebih kurang 0.3 meter (satu kaki) dalam di sekeliling kawasan ini untuk mengelakkan serangan melalui tanah dan air.
     
  3. Penggunaan Bahan Tanaman Bebas Penyakit:

    Memastikan penggunaan biji benih betik yang diambil dari kawasan bebas penyakit Papaya Dieback serta elakkan penggunaan mata tunas dari kawasan yang diserang.
     
  4. Pengurusan Rumpai Yang Baik:

    Pengurusan rumpai yang baik dapat memusnahkan perumah-perumah sekunder yang boleh menjadi sumber jangkitan patogen di ladang.
     
  5. Pencegahan Penggunaan Baja Tahi Ayam Yang Tidak Reput:

    Elakkan dari menggunakan baja tahi ayam yang tidak reput sepenuhnya.
     
  6. Pencegahan Jangkitan dan Sebaran ke Ladang Betik Lain yang Sihat:
     
    i. Kemasukan kenderaan dan pelawat ke ladang hendaklah dihadkan dan dikawal rapi bagi mengelakkan kemungkinan jangkitan penyakit Papaya Dieback dari kawasan lain melalui tanah yang melekat pada tayar dan kasut.  Pergerakan kenderaan dan manusia adalah antara punca jangkitan dan kemerebakan penyakit dari satu ladang berpenyakit ke ladang lain yang sihat.
     
    ii.Disyorkan ada tapak pencuci yang mengandungi air dicampur bahan basmi kuman seperti klorox, dettol dan sebagainya di pintu masuk ladang betik.  Ianya bertujuan untuk mencuci tayar kenderaan dan tapak kasut (pelawat/pengusaha) yang masuk ke ladang betik.
     
    iii.Bersihkan segala peralatan ladang di dalam larutan klorox 5-10%.
  7. iv. Basuh dan bersihkan bekas dan bakul yang digunakan untuk mengisi buah yang telah dipungut.
     
II.       PEMANTAUAN PENYAKIT PAPAYA DIEBACK

Pemantauan dan pengawasan yang rapi dan kerap sentiasa dijalankan di ladang betik sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk pengesanan awal jangkitan penyakit Papaya Dieback.  Sekiranya simptom awal ditemui, pokok betik tersebut hendaklah dicabut dengan segera dan dimusnahkan.


sumber

3/8/2016 16:49:41

TEKNOLOGY NANOSPADA
Kami ada beberapa produk yang boleh membantu anda untuk mengapuskan bakteria dan kulat dan bagi perlingungan sepenuhnya pada tanaman anda. Produk kami untuk diedarkan ke pasaran dapat memberi kesan yang amat bagus pada penjagaan tanaman dan peningkatan hasil.

Untuk keterangan lanjut sila klik link blogger kami : http://blogperlindungantanaman.blogspot.my

Untuk tempahan produk atau pertanyaan sila sms atau whatsapp ke no telefon : 01120205784(Cik Mila)

Reply



Leave a Reply.


    Picture

    Penulis

    En. Mohd Mazlan Bin Ismail



    Archives

    August 2010
    July 2010
    May 2010
    March 2010
    February 2010
    January 2010



    SHARE YOUR BLOG LINK HERE

    Pautan



sp, pertanian, smkbbsl