Floria 2010 Tropical Splendour - PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL tani, pertanian, sp
PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL
 
Picture
Picture
        Festival Bunga Kebangsaan Putrajaya merupakan salah satu acara tahunan yang telah di anjurkan oleh Perbadanan Putrajaya sebagai salah satu daya tarikan pelancongan negara. Pesta Floria diadakan bertujuan menghidupkan Pusat Pentadbiran Putrajaya sebagai  ‘Bandar dalam taman’. Bermula pada tahun 2008 sebagai titik tolak, sekali lagi pada tahun 2010 Perbadanan Putrajaya telah menganjurkan pesta bunga-bungaan buat kali-3 tahun ini.Penganjuran kali ini bertempat di Presint 2,Putrajaya dengan bertemakan Tropical Splendour telah mengketengahkan Heliconia sebagai tarikan utama. Terdapat 100 spesis heliconia telah dipamerkan dan diterapkan dalam setiap hiasan taman.

            Selain daripada menyumbang kepada industri pelancongan,Floria sebenarnya medan terbaik bagi tujuan pendidikan dengan menerapkan nilai-nilai cinta dan sayangkan alam yang indah. Dalam masa yang sama Floria juga turut memberi ruang kepada pengusaha-pengusaha taman hiasan untuk sama-sama turut serta memeriahkan pesta ini. Bagi para pelajar,inilah peluang terbaik mengenali ratusan spesis bunga-bungaan disamping membuka minda mereka tentang peluang kerjaya didalam bidang pertanian. Sementara bagi penggemar bunga dan jurukamera inilah medan untuk mereka menambah koleksi bunga dan koleksi foto landskap. Bidang pertanian dan landskap kini menjanjikan peluang kerjaya yang terbaik dan bukan lagi satu industri yang terpinggir. Justeru itu, pihak Floria telah membuka peluang kepada NGO,Badan-badan kerajaan dan peserta luar negara untuk menyertai pertandingan-pertandingan yang telah disediakan. Turut tidak ketinggalan penyertaan dibuka kepada kepada sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi dengan kerjasama pihak Perbadanan dan Kementerian Pelajaran Malaysia serta Kementerian Pengajian Tinggi. Antara pertandingan yang telah diadakan sepanjang pesta Floria adalah pertandingan landskap,pertandingan terrarium,Floral Installation dan Twilight Garden. Kreativiti,kekemasan dan gabungan softscape serta hardscape yang bersesuaian diambilkira dalam pertandingan kali ini.

            
Sebanyak 28 buah sekolah telah menyertai pertandingan landskap. Pelbagai jenis tema dan konsep telah diketengahkan hasil gabungan idea guru dan pelajar dengan menjadikan Heliconia sebagai bunga asas, jelas dapat dilihat di tapak khas yang telah disediakan. SMKBBSL turut tidak ketinggalan menyertai pertandingan kali ini dengan berkonsepkan ‘Taman Lembayung Tropika’. Sebanyak 5 jenis spesis heliconia digunakan disamping gabungan bunga-bungaan lain seperti bougenvilla,caladium,musa odornata  dan lain-lain. Elemen seperti ‘water feature’ turut dibina didalam taman SMKBBSL disamping menggunakan bahan-bahan kitar semula seperti penutup botol mineral sebagai ‘tagging’. Selain daripada pertandingan landskap,SMKBBSL turut menyertai pertandingan Terrarium iaitu taman mini dengan menghantar 4 penyertaan yang bertemakan Wild Park-Experience the animal kingdom, Indahnya Kampungku,The Untouchable Island dan Sungai Hulu Langat. Menariknya,terrarium kali ini telah menggunakan pelbagai jenis bekas lutsinar dengan binaan-binaan yang unik dan tidak hanya terhad kepada bekas akuarium semata-mata. Antaranya ialah bekas balang kuih (The Untouchable Island)  sementara Wild Park-Experience the animal kingdom telah menggunakan  bekas akuarium yang telah diubahsuai menjadi sebuah treller. Bagi pertandingan Floral Installation, SMKBBSL telah menghantar 1 penyertaan dengan tema ‘Menggapai Impian’ atau ‘Strive for the success’. Istimewanya,ini merupakan penyertaan kali pertama SMKBBSL dalam pertandingan Floral Installation sementara pertandingan landskap dan terrarium merupakan penyertaan bagi tahun kedua.

            Setelah seminggu berkampung di Putrajaya dan mencurahkan sepenuh komitmen dalam pertandingan akhirnya hari yang dinantikan telah tiba iaitu hari penghakiman dan penjurian. Berbeza dari tahun-tahun lalu,kali ini para juri terdiri daripada juri-juri luar negara yang arif dalam bidang masing-masing.Seawal jam 10 pagi,kelibat para juri mula kelihatan dan kesemua peserta telah mula bersiap sedia dengan sebarang soalan yang mungkin akan diajukan oleh juri-juri. Ketaranya,pertandingan landskap paling mendapat perhatian ramai. Justeru itu,tidak hairanlah jika kesemua peserta benar-benar memerah keringat,mencurah idea sehingga ada yang sanggup meredah semak-samun semata-mata ingin mendapatkan bunga eksotik yang indah dan bersesuaian.Sebaik sahaja para juri tiba di tapak landskap ‘Taman Lembayung Tropika’ para pelajar telah bersedia untuk menerangkan konsep yang cuba diketengahkan oleh SMKBBSL.Kepetahan Falah dan Farah selaku jurucakap merangkap pelajar SMKBBSL seterusnya dibantu oleh Nik Amaleena sebagai ‘translator’ sedikit sebanyak membantu SMKBBSL menyuarakan idea yang telah diterapkan, hasil titik peluh mereka dan guru-guru. Biarpun sedikit gementar dan gemuruh, namun mereka bertiga telah berusaha sedaya-upaya menonjolkan yang terbaik buat sekolah.Di suatu sudut yang lain pula,penghakiman bagi kategori terrarium dan Floral Installation turut dijalankan.Setelah penghakiman dan penjurian dilakukan kini hanya menunggu keputusan. Meskipun agak mengecewakan kerana tidak mendapat tempat bagi kategori landskap namun begitu kemenangan dengan meraih ‘Golden Award’ bagi kategori Floral Installation sedikit sebanyak mengubat kekecewaan.Bagi kategori terrarium pula hanya berjaya mendapat tempat ke-4 dan ke-5 (saguhati).

            Biarpun gagal mempertahankan kedudukan tahun lepas (tempat ke-3 bagi landskap dan menyapu bersih bagi pertandingan terrarium),namun begitu kekalahan bukanlah titik penamat bagi peserta-peserta Floria 2010 kali ini. Apa yang perlu diingatkan ialah mesej kecintaan terhadap alam sekitar yang perlu diterapkan dan bukannya kemenangan yang diharapkan. Jika menang,itu adalah satu kredit. Kalah menang adat pertandingan, masih banyak lagi peluang menanti. Barangkali tahun depan menjanjikan tuah yang lebih bermakna berbanding tahun ini. Selagi ada ruang dan peluang selagi itulah terus mencuba dan mencuba. Yang pastinya, Floria terus menjadi medan terbaik bagi industri pelancongan dan pertanian dalam negara. 

            Sebelum menutup laporan Floria 2010, ingin sekali penulis menghulurkan sekalung penghargaan kepada pihak-pihak yang telah banyak membantu dan menyokong AJK Floria SMKBBSL sepanjang penyertaan.Antaranya individu-individu yang telah banyak menabur jasa mencurah idea adalah Pn Hjh Salimah bt Jafri selaku pengetua sekolah,Pn. Rahimah,Puan Maheran,Ketua Bidang Teknik dan Vokasional iaitu Pn. Rokian Hashim,Pn Habibah dan Pn Azmawani seterusnya kepada semua guru-guru SMKBBSL yang terlibat secara lansung mahupun tidak lansung. Tidak dilupakan buat Pn Suziana dan suami yang sudi menjengah,membantu malahan menyumbang serba sedikit bahan bagi pertandingan landskap. 
cikgu suziana
7/16/2010 21:39:11

tahniah kepada cikgu mazlan atas kecekapan mengemaskini maklumat terbaru dalam blog sains pertanian smkbbsl ni, teruskan memartabatkan sains pertanian ke peringkat antarabangsa. tahniah atas kejayaan dalam pertandingan floria putrajaya 2010. 2011 menanti dengan idea2 hebat cikgu2 semua. anda semua HEBAT. teruskan perjuangan..

Reply
8/9/2010 13:47:42

I would like weeping with the smile rather than repenting with the cry,when my heart is broken ,is it needed to fix?

Reply
8/13/2010 17:09:31

Every man hath his weak side.

Reply
8/16/2010 12:28:15

Hope for the best and prepare for the worst.??

Reply
8/20/2010 17:12:50

the sands in your way beg for your song and your movement, dancing
water. will you carry the burden of their lameness?

Reply
9/14/2010 11:28:31

Knowledge and talent come only from practice.

Reply
9/16/2010 11:01:04

I love waking up in the morning and not knowing what's going to happen, or who I'm going to meet, where I'm going to wind up.《TITANIC》

Reply
12/10/2010 08:41:12

Christmas, children, is not a date. It is a state of mind.

Reply
12/23/2010 17:21:25

Fashion Conscious: Only 5% still want their man to be a hip fashion conscious "metrosexual" male

Reply



Leave a Reply.


    Picture

    Penulis

    En. Mohd Mazlan Bin Ismail



    Archives

    August 2010
    July 2010
    May 2010
    March 2010
    February 2010
    January 2010



    SHARE YOUR BLOG LINK HERE

    Pautan



sp, pertanian, smkbbsl