tani, pertanian, sp
PANATIA SAINS PERTANIAN SMKBBSL
 
Picture
Sebenarnya jagung di kebun utama sudahpun habis di tuai. Pagi tadi je baru di bersihkan sisa jagung tu. Sisa tersebut kebanyakannyer telah diberikan kepada kambing untuk menjadi makanan kambing tersebut. Untuk pengetahuan semua kambing yang telah dipelihara ini sebenarnya tidak banyak karenah dari segi makanan kerana kebanyakan sisa pertanian akan diberikan kepda kambing tesevut.


Ok, berdasarkan congakan dari hasil kebun jagung tersebut adalah seperti berikut:-
1 pokok jagung mampu mengeluarkan 1-3 tongkol. Jualan setongkol anggaran kasar adalah sebanyak RM1. Dan target  pasaran adalah guru-guru SMKBBSL.

INFO

Jagung (Zea mays L) ialah sejenis tanaman bijirin berasal dari Amerika Tengah dan telah diperkenalkan di Malaysia sebagai jagung manis pada awal tahun tujuh puluhan (70-an).
Pada kebiasaannya jagung manis dikutip sebagai tongkol segar dan dijadikan jagung rebus atau dibakar dengan menggunakan perasa seperti garam atau margerin. Selain dijadikan kuih-muih seperti puding, cucur, bubur dan bingka jagung, kernel tongkol segar boleh dijadikan bahan ramuan aiskrim, ais batu kacang, kek, nugget, sup, nasi goreng, pizza dan pelbagai lagi jenis resepi mengikut citarasa dan aliran perubahan semasa.
Nama saintifik bagi jagung ialah Zea mays L. dari keluarga Gramineae sama dengan tanaman bijirin lain seperti gandum, padi dan sekoi. la adalah sejenis tumbuhan monoecius yang membiak melalui pendebungaan kacuk.

Kultivar yang disyorkan ialah Thai Supersweet, Manis Madu dan Improved Mas Madu. Thai Supersweet ialah sejenis komposit dari Thailand. Manis Madu berasal dari Thai Supersweet setelah dibuat pemilihan untuk penyesuaian oleh pihak MARDI manakala Improved Mas Madu, juga dari MARDI, adalah hasil pembiakbakaan berasaskan kacukan antara Honey Jean No. 2 yang memiliki gen sh2 shrunken gene dan Across 7824, sejenis jagung bijirin.

Honey Jean No. 2 adalah sejenis jagung manis hibrid dari Taiwan yang mempunyai ketinggian pokok dan sifat tongkol yang lebih seragam jika dibandingkan dengan kultivar-kultivar tempatan. Tongkolnya bermutu tinggi dan mempunyai daun tongkol atau husk leaves di hujung kulit tongkol. Walau bagaimanapun hibrid ini memerlukan penjagaan yang rapi baik dari segi kawalan perosak mahupun dari segi pembajaan.


JAGUNG DI SMKBBSL

Picture
Berikutan kepada permintaan yang meningkat maka satu lagi tapak baru untuk tanaman jagung telah dibuka. Tapak asal ini sebenarnya adalah tapak tanaman rosel. Hasil dari pemerhatian (ujikaji) pertama variati Thai Super Sweet sememangnya mampu mengeluarkan hasil yang bessar, padat, manis serta digemari oleh ramai. Thai Super Sweet juga resisten terhadap penyakit. Tetapi masalah timbul apabila kawasan kebun dilanda angin kencang yang mengakibatkan ada pokok jagung yang tumbang.


Akibat dari kejadian itu, alternatif lain telah diambil dimana Varieti baru pula ditanam. Varieti ini nampakya adalah lebih rendah dan masa untuk mengeluarkan hasil juga singkat serta resistan terhadap penyakit. Berikut adalah gambar tekini kebun jagun variati terbaru.

 


Comments

09/10/2009 06:25

huhu syedappnye... nanti bawa la balik lagi maize el corn tue

Reply



Leave a Reply


sp, pertanian, smkbbsl